Saturday, February 20, 2010

Siapa kita? Who we are?

Kadang-kadang kita pernah berfikir kenapa orang suka sangat buat kelakuan yang merangsang hati untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dan buruk. Kadang-kadang kita pernah berfikir kenapa begitu ramai manusia selalu berdengki dan hasad pada kita. Kadang-kadang tak ramai orang tahu bahawa kita selalu berdengki dan hasad pada orang lain.

Segala benda-benda ini tidak dapat kita fikir lebih-lebih atau dalam-dalam kerana ramai orang tidak tahu berfikir. Ramai yang tahu buat tapi tak tahu fikir sebagaimana ramai yang tahu fikir tapi tak tahu buat. Macam-macam manusia ada atas muka bumi ini. Macam-macam pesen.

Sebab itu di akhirat kelak ada bermacam-macam ragam manusia yang datang mengadap yang Maha Esa. Pengakhirannya ialah kita fikirkan tentang akhirat dan kurangkan sikit saja fikiran tentang dunia. Kadang-kadang dunia menyebabkan kita jadi bengon atau bodoh. Mengejar duit ibarat lagu : Duit... duit... di mana kau duit... , mengejar wanita ibarat lagu : Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada terpikat; mengejar kuasa dan banyak lagilah tentang dunia ni yang kita kejar.

Tetapi apa yang penting, kita fikir siapa kita maka kita akan ingat siapa kita dan bertindak sebagaimana asal kejadian kita. :-)

3 comments:

  1. Perangai saya mmg buruk. Saya mengaku :)

    ReplyDelete
  2. yup... btol...
    kite leh pkir betape kecil kite kat alam akhirat kelak..

    ReplyDelete