Saturday, July 3, 2010

Hari yang berlalu... Di manakah kita sebenarnya?

Hari-hari yang berlalu, di manakah kita sebenarnya? Adakah anda tahu siapa anda sebenarnya? Di manakah anda sebenarnya? Ke manakah anda sebenarnya? Satu lagi, dari mana sebenarnya kita berasal? Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah mungkin disebabkan kedapatan begitu banyak masalah dalam pemikiran kita. Tapi saya rasa bukan mungkin tapi pasti disebabkan.

Masyarakat Islam kita terpedaya dengan pelbagai lontaran idea dan agenda dari golongan barat a.k.a orientalis dan yahudi dalam usaha mereka untuk mengemudikan pemikiran kita umat Islam. Semalam saya sempat berkunjung ke salah sebuah pasar raya besar (saiz Mall) di kawasan Pantai Timur. Sepanjang kunjungan saya itu, saya sempat singgah di satu kedai menjual dvd, vcd dan cd hiburan seperti lagu-lagu, nasyid, filem barat dan banyak lagi sumber hiburan dalam bentuk digital. Tapi saya tertarik dengan satu cd album dendangan seorang artis yang seakan-akan orang putih atau eropah. Tapi setelah diteliti raut wajahnya. Saya yakin artis tersebut adalah berketurunan Arab. Mungkin Arab yang tinggal di Eropah. Sebab dari segi pemakaian pun sudah agak kebaratan.