Saturday, July 3, 2010

Hari yang berlalu... Di manakah kita sebenarnya?

Hari-hari yang berlalu, di manakah kita sebenarnya? Adakah anda tahu siapa anda sebenarnya? Di manakah anda sebenarnya? Ke manakah anda sebenarnya? Satu lagi, dari mana sebenarnya kita berasal? Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah mungkin disebabkan kedapatan begitu banyak masalah dalam pemikiran kita. Tapi saya rasa bukan mungkin tapi pasti disebabkan.

Masyarakat Islam kita terpedaya dengan pelbagai lontaran idea dan agenda dari golongan barat a.k.a orientalis dan yahudi dalam usaha mereka untuk mengemudikan pemikiran kita umat Islam. Semalam saya sempat berkunjung ke salah sebuah pasar raya besar (saiz Mall) di kawasan Pantai Timur. Sepanjang kunjungan saya itu, saya sempat singgah di satu kedai menjual dvd, vcd dan cd hiburan seperti lagu-lagu, nasyid, filem barat dan banyak lagi sumber hiburan dalam bentuk digital. Tapi saya tertarik dengan satu cd album dendangan seorang artis yang seakan-akan orang putih atau eropah. Tapi setelah diteliti raut wajahnya. Saya yakin artis tersebut adalah berketurunan Arab. Mungkin Arab yang tinggal di Eropah. Sebab dari segi pemakaian pun sudah agak kebaratan.

Saya membelek bekas cd tersebut berkali-kali dan meneliti senarai lagu yang ada di belakang cd. Begitu menarik sekali tajuk lagu-lagu yang terkandung di dalamnya. Saya tertarik untuk membelinya tetapi terfikir pula nak beli buku. Tiba-tiba datang tokey kedai tersebut menegur saya dengan hormat. "Laku album tu, itu order yang kali kedua baru sampai. Stok yang lepas dah abis. Ramai orang beli." Jadi saya pun apa lagi, terus mengambil satu keping cd tersebut dan terus membayar di kaunter.

Kata tokey kedai tu, album ni laku malah orang Cina pun beli album ni. Untuk pengetahuan anda, album tersebut adalah "Thank You Allah" nyanyian dari Maher Zain. Salah seorang dari artis dari Eropah. Kalau tak silap saya dari Sweden. Beliau merupakan warganegara berketurunan Arab yang berhijrah ke Sweden.
Saya tertanya-tanya dan tersentuh, bagaimana kaum Cina boleh berminat untuk mendengar lagu-lagu seperti itu? Jarang saya dengan kaum Cina gemarkan hiburan. Kebanyakan mereka gemarkan kehidupan berniaga dan mengejar kemajuan hidup material dan akademik. Pelik pelik...

Setelah selesai meronda-ronda kedai-kedai yang ada di pasaraya tersebut, saya pun mengambil keputusan untuk pulang sebab waktu solat Jumaat sudah hampir dan masa pun begitu cemburu dengan saya. Setelah berada dalam kereta untuk bertolak balik, saya memasang cd tersebut untuk mendengar sedikit sedutan lagu dari cd tu. Lagu pertama sudah pun menyentuk sanubari kita. Saya rasa anda pun pasti akan tersentuh dengan lagu dan kesedapan bit-bit liriknya. Begitu indah dan tenang sekali apabila mendengar lagu-lagu tersebut.

No comments:

Post a Comment