Tuesday, March 16, 2010

Pagi yang segar...

Pagi yang segar adalah pagi yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. Kata-kata seorang hukama' terkenal di timur tengah. Saya tak ingat namanya tapi begitulah lebih kurang maknanya. :-) (saya bukannya pandai bahasa Arab, belajar sikit-sikit masa kecil-kecil dulu adalah). Cuba renungkan... Apa maksud dan makna yang tersirat di sebaliknya? Apakah tanda-tanda pagi itu penuh dengan barakah dan kemuliaan? Mudah sahaja. Cuba anda tengok di sekeliling anda? Ada tak tanda-tanda matahari bersinar seperti rembulan? Ada ke matahari macam bulan? Mana ada. Itu hanya sekadar simbolik dan kritikan halus kepada sesiapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Kadang-kadang peribahasa dan perumpamaan ini membolehkan kita untuk kembali menilai siapa diri kita sebenarnya. Dari mana  asal-usul kita? Kenapa kita dilahirkan ke dunia? Apa tujuannya? Kenapa perlu makan & minum? Kenapa perlu mandi? Kenapa perlu tidur? Kenapa perlu belajar kat sekolah? Kenapa perlu belajar setinggi-tinggi sehingga ke universiti? Kenapa perlu kahwin? Kenapa perlu ada anak? Kenapa perlu ada keluarga? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Jawapannya hanya satu.
Kita adalah MANUSIA!

No comments:

Post a Comment