Thursday, August 12, 2010

Teguhkanlah Keperibadian Anda

Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-niru ciri keperibadian umat lain! Kerana itu, akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya, dan keadaannya sendiri, kebanyakan akan meniru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ada, berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Sejak zaman Nabi Adam a.s hingga makhluk terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua yang sama seperti rupanya. Maka, mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan bangsa lain?

Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain; tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Anda sama sekali berbeza dari Zaid dan 'Amr. Kerana itu, jangan memaksa diri untuk meniru-niru keperibadian orang lain! Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!

~ Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa.

Saturday, July 3, 2010

Hari yang berlalu... Di manakah kita sebenarnya?

Hari-hari yang berlalu, di manakah kita sebenarnya? Adakah anda tahu siapa anda sebenarnya? Di manakah anda sebenarnya? Ke manakah anda sebenarnya? Satu lagi, dari mana sebenarnya kita berasal? Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah mungkin disebabkan kedapatan begitu banyak masalah dalam pemikiran kita. Tapi saya rasa bukan mungkin tapi pasti disebabkan.

Masyarakat Islam kita terpedaya dengan pelbagai lontaran idea dan agenda dari golongan barat a.k.a orientalis dan yahudi dalam usaha mereka untuk mengemudikan pemikiran kita umat Islam. Semalam saya sempat berkunjung ke salah sebuah pasar raya besar (saiz Mall) di kawasan Pantai Timur. Sepanjang kunjungan saya itu, saya sempat singgah di satu kedai menjual dvd, vcd dan cd hiburan seperti lagu-lagu, nasyid, filem barat dan banyak lagi sumber hiburan dalam bentuk digital. Tapi saya tertarik dengan satu cd album dendangan seorang artis yang seakan-akan orang putih atau eropah. Tapi setelah diteliti raut wajahnya. Saya yakin artis tersebut adalah berketurunan Arab. Mungkin Arab yang tinggal di Eropah. Sebab dari segi pemakaian pun sudah agak kebaratan.

Tuesday, April 20, 2010

Diam Dengan Nama Allah - Kadang-kadang manusia terlalu cerdik sehingga menenggelamkan orang yang cerdik!

Saya terbaca satu artikel dari SAIFULISLAM.COM. Artikelnya cukup menarik membicarakan kisah seorang muslim yang tak berapa pandai tapi berpura-pura pandai. Malah perasaan takut dan bimbangnya begitu hebat sehinggakan dia boleh menuduh orang yang lebih pandai darinya sebagai sesat dan menyesatkan. Pelik, pelik manusia akhir zaman ni... Soroti artikel tersebut :-

“Imam, saya mahu dapatkan penjelasan awak” kata Ali.
“Silakan” saya mengajak beliau duduk di kerusi.
“Tak apa. Tak payah duduk. Saya minta Imam buka Quran terjemahan itu!” tegas Ali.
Saya kaget.
Mengapa begitu tegang intonasi Ali?
Saya mencapai naskhah terjemahan al-Quran di dalam Bahasa Inggeris yang berada di pejabat. Terjemahan versi Dr. Muhammad Taqiuddin Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan.

“Buka surah al-Ikhlas” Ali memberikan ‘arahan’.
Saya patuh.