Wednesday, September 8, 2010

Paderi Terry Jones ‘masih berdoa untuk ilham’ bakar al-Quran - Di mana kita umat Islam?

GAINESVILLE, Florida 8 Sept. – Paderi sebuah gereja kecil yang menyokong falsafah anti-Islam menyatakan dia masih berdoa ‘untuk mendapatkan ilham’ sama ada akan meneruskan rancangannya untuk membakar al-Quran pada 11 September ini, yang ditentang oleh pemimpin agama dan beberapa pihak lain.
Paderi Terry Jones berkata, dia menerima lebih 100 ancaman bunuh dan mula membawa pistol tetapi dia tetap tidak menarik balik rancangannya untuk membakar kitab suci umat Islam itu.

Menurut paderi berusia 58 tahun itu, ancaman bunuh ke atasnya bermula sejurus dia mengumumkan akan mengadakan ‘Hari Membakar al-Quran Antarabangsa’ Julai lalu.

Penyokong-penyokongnya telah menghantar naskah-naskah al-Quran ke gereja yang mempunyai 50 pengikut itu untuk dibakar sempena ulang tahun kesembilan serangan 9/11.

Jeneral David Petraeus memberi amaran dalam e-melnya kepada The Associated Press bahawa tindakan itu akan digunakan pihak pelampau di Afghanistan dan seluruh dunia untuk membangkitkan pendapat umum dan mengapi-apikan keganasan.

Menurut Jones, dia turut bimbang tetapi menolak untuk membatalkan protes itu di gereja Dove World Outreach Center kerana dia masih berdoa mengenai rancangannya itu.

Tindakannya itu akan dilindungi oleh Pindaan Pertama berhubung kebebasan bersuara. Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS) dengan jelas dalam beberapa keputusan menunjukkan bahawa ucapan yang dianggap menyinggung ramai orang, mahupun kumpulan majoriti tidak boleh disekat oleh kerajaan kecuali ia jelas bertujuan mengugut seseorang atau menghasut melakukan keganasan, menurut pakar undang-undang.
Dakwa Jones, al-Quran adalah ‘jahat’ kerana menyokong sesuatu berbeza dengan Bible dan menghasut radikal dan keganasan di kalangan Islam. – Utusan Malaysia, 9 September 2010.
Itu adalah sumber berita yang benar saya petik dari laman web Utusan Malaysia. Laporan berita tersebut benar-benar menyirapkan darah di dalam tubuh saya. Begitu kurang ajar dan jahatnya paderi tersebut. Inilah pelampau agama Krisitian yang begitu jahat sekali. Sehingga beliau sanggup mengisytiharkan hari pembakaran al-Quran. Sudah tentu idea ini menimbulkan kemarahan dan  kebencian umat Islam kepada beliau khususnya. Memang benar kebebasan bersuara itu perlu dijaga, namun begitu kebebasan pun ada keterbatasannya juga. Alhamdulillah, ada juga pihak yang prihatin dengan isu ini. Ada yang menghantar koresponden yang positif untuk menentang dan membantah habis-habisan apa yang disebut sebagai idea yang jahat dan tidak berakal. Terry Jones merupakan paderi yang terkenal dengan dendam kesumatnya pada umat Islam lantaran dari peristiwa 9/11 yang berlaku di Amerika beberapa tahun yang lalu.

Itu sifat dan akhlak seorang kuffar terutama sekali kristian apabila berdepan dengan situasi sebegitu sedangkan Islam tidak menyuruh ke arah itu. Bahkan Jesus Christ (menurut pandangan Islam beliau adalah Nabi Isa) yang kaum kristian anggap sebagai tuhan pun tidak membenarkan perlakuan dan tindakan begitu. Memang melampau. Kita seharusnya menghormati penganut agama lain walaupun mereka pernah melakukan pembunuhan sekejam mana sekalipun. Jiran tetangga Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah seorang Yahudi yang jahat dan sentiasa marah kepada Nabi s.a.w. Setiap hari Yahudi ini akan melemparkan najis ke tangga rumah Nabi s.a.w namun baginda Rasulullah s.a.w tidak memarahi Yahudi tersebut malah baginda s.a.w sentiasa menziarahi dan bertanya khabar jiran Yahudi tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, baginda s.a.w menyedari tidak ada najis dihadapan rumahnya. Kemana perginya jiran tersebut? Lantas Nabi s.a.w terus menziarahi Yahudi tersebut. Rupa-rupanya beliau sakit. Yahudi tersebut begitu terharu dan memohon maaf kepada Rasulullah s.a.w kerana baginda begitu baik dan pemaaf. Walaupun pelbagai tindakan buruk dan keji dilakukan olehnya kepada baginda s.a.w namun baginda s.a.w tetap berkelakuan baik kepadanya. Itulah akhlak Rasulullah s.a.w. Sejurus selepas itu, Yahudi tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Alhamdulillah!

Begitulah akhlak Islam. Itulah ajaran Islam. Dan begitulah sepatutnya yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan tindakan jahat dari kaum kafir pada masa kini. Namun amat sedikit di kalangan umat Islam kini yang berusaha untuk mengamalkan akhlak Nabi s.a.w ini. Kenapa tak ramai? Sebab ramai yang pentingkan diri sendiri dan tenggelam dalam khayalan dan lautan nafsu. Menyampingkan tugas-tugas dakwah yang menjadi kewajipan setiap umat Islam. Maknanya tugas-tugas dakwah adalah tugas sampingan manakala tugas-tugas dunia adalah lebih utama.

Berbalik kepada isu Paderi yang jahat tadi, apakah tindakan kita untuk membantah idea tersebut? Mudah saja, jika kita suka berblog atau menulis blog, kita bolehlah menulis artikel/posting yang membantah tindakan tersebut. Kita sokong mana-mana aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyah yang diadakan oleh mana-mana organisasi bukan kerajaan yang berpaksikan Islam. Jika kita ada wang yang berlebihan, maka kita bersedekahlah banyak-banyak pada mana-mana tabung untuk menggerakkan dakwah Islam. Jika itu semua kita tak boleh laksanakan, kita boleh sekurang-kurangnya berdoa semoga Islam yang kita cintai ini terus menjadi "the way of life" atau "cara hidup" kepada semua umat Islam sehingga ke akhir zaman dan semoga mana-mana kaum kafir itu mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Jika mereka agresif dalam menentang Islam, maka kita dibolehkan untuk mendoakan bala ke atas mereka. Itu pun jika mereka benar-benar menzalimi Islam dan umat Islam. Tetapi yang lebih utama dan lebih baik ialah doakan hidayah ke atas mereka. Itulah tindakan Rasulullah s.a.w ketika menghadapi ancaman dari penduduk thoif. Walaupun ditawarkan pelbagai cara untuk menyeksa penduduk thoif oleh malaikat-malaikat, namun baginda s.a.w tetap memilih jalan hidayah kepada mereka. :-)

2 comments:

  1. Allah dah btau Al-Quran ni mukjizat yang terpelihara. See? Dia x jd bakar pun. Org lain yg very the poyo bakar2. Itupun skala kecil2an. Xder apa nak takut. Serah je benda2 cmni kat Allah. Ntah esok lusa masuk Islam pulak =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, he'll find his way to Allah. :-) Memang pun dia tak jadi bakar sebab boleh jadi dia sendiri pun tahu kebenaran Islam, cuma dia keras kepala nak terima kebenaran Islam.

    ReplyDelete