Wednesday, September 22, 2010

Kasihan kat mereka ni...

Sehari sebelum 1 Syawal, saya berkunjung ke pusat bandar kota bharu dan singgah sekejap di Giant mall. Banyak perubahan yang telah berlaku pada fizikal bandar dan infrastruktur bangunan di sekitarnya. Alhamdulillah. Namun begitu, ramai kelihatan anak-anak muda yang pelik dengan pakaiannya. Bagi yang lelaki sudah menjadi kebiasaan jika ada yang memakai jeans dan baju fit. Tetapi bagi perempuan ada juga yang memakai baju fit malah seluar pun fit. Lebih fit dari jeans lagi. Menampakkan lengkok tubuhnya yang indah. Jelas kelihatan umpama telanjang. Jika ditukar warna seluar tersebut kepada warna koko, kita boleh kata mereka bertelanjang.

Yang makin menyedihkan kita ialah kebanyakan dari mereka ini mengenakan tudung. Itu yang sedih tu. Pelik tu memang pelik. Dah pakai tudung kenapa nak telanjang pula kat bawah. Anak-anak muda sekarang makin pelik. Umpama perempuan pakai tudung tapi kat bawah pakai skirt paras paha atau lutut kemudian berjalan-jalan dengan senang-lenang dan bangga diri di khalayak ramai. Kasihan kat mereka ni. Mungkin mereka tak tahu atau mereka tak belajar. Mereka hanya tahu pakai tudung dan tutup semua tubuh sudah dikira sebagai tutup aurat. Kasihan kat mereka ni. Jadi saudari-saudariku sekelian, ketahuilah lengkok tubuhmu itu adalah aurat sebenarnya. Pakailah pakaian yang labuh dan TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK TUBUHMU wahai saudari-saudariku. InsyaAllah keselamatan dan ketenangan untukmu, ku sentiasa doakan!


Pernah masa bertugas di KL dulu, saya terserempak dengan perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam semestinya, bertudung litup bagusnya dia, berbaju kemeja lengan panjang, bagusnya dia. Tapi yang kurang bagus bila dia memakai seluar fit ala-ala orang nak pegi senamrobik. Aduhai salehah... Kelakar betul lah. Ada juga yang macam ni. Kasihan kat mereka ni... Jadi saya pun menyapa lah dia. Adik ni cantik dan bagus, tapi kalau adik pakai seluar yang tidak ketat lagi bagus dik. "Aik? Ini tak tutup aurat lagi ke bang?" katanya. "Hehehe... Iya dik. Memang dah tutup kat atas tapi kat bawah belum lagi dik. Minta maaf ye dik sebab menegur." Balasnya "Saya tak tahulah pulak yang kat bawah ni belum tutup aurat lagi." Kasihan kat mereka ni...

Pengajarannya apa ye? Carilah ilmu agama sebanyak mungkin walaupun anda bekerja atau belajar dalam bidang keduniaan. Tak salah sebab menuntut/belajar ilmu agama adalah wajib. Ilmu dunia ini hanya fardhu kifayah. Cubalah cilok sikit masa anda untuk belajar Islam sebaik mungkin kerana anda mati bukan membawa komputer, laptop, pc, kereta myvi, rumah bungalow, emas, duit berjuta-juta masuk ke dalam kubur anda. Tetapi amalan yang berpunca dari ilmu Islam yang dipelajari ketika di atas dunia ini. Anda perempuan ke lelaki ke, sama saja. Anda tetap HAMBA ALLAH!

~ Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa.

No comments:

Post a Comment