Tuesday, March 16, 2010

Pagi yang segar...

Pagi yang segar adalah pagi yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. Kata-kata seorang hukama' terkenal di timur tengah. Saya tak ingat namanya tapi begitulah lebih kurang maknanya. :-) (saya bukannya pandai bahasa Arab, belajar sikit-sikit masa kecil-kecil dulu adalah). Cuba renungkan... Apa maksud dan makna yang tersirat di sebaliknya? Apakah tanda-tanda pagi itu penuh dengan barakah dan kemuliaan? Mudah sahaja. Cuba anda tengok di sekeliling anda? Ada tak tanda-tanda matahari bersinar seperti rembulan? Ada ke matahari macam bulan? Mana ada. Itu hanya sekadar simbolik dan kritikan halus kepada sesiapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Kadang-kadang peribahasa dan perumpamaan ini membolehkan kita untuk kembali menilai siapa diri kita sebenarnya. Dari mana  asal-usul kita? Kenapa kita dilahirkan ke dunia? Apa tujuannya? Kenapa perlu makan & minum? Kenapa perlu mandi? Kenapa perlu tidur? Kenapa perlu belajar kat sekolah? Kenapa perlu belajar setinggi-tinggi sehingga ke universiti? Kenapa perlu kahwin? Kenapa perlu ada anak? Kenapa perlu ada keluarga? Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Jawapannya hanya satu.
Kita adalah MANUSIA!

Saturday, March 6, 2010

A good workstation is a relax workstation..

I try to figure it out what the taste of a good workstation? Kadang-kadang kita tak faham why people always depend on technology? Mungkin mereka tak mahu hidup dalam keadaan susah dah sekarang. Kalau dahulu manusia menggunakan pelbagai teknologi tradisional dalam penghantaran maklumat atau info seperti melalui cara pos, telefon, telegraf, telegram dan banyak lagi. Namun semua teknologi tradisional tersebut memakan masa yang agak lama juga. Tapi still fast than walking alone. :-)

Hari ini saya agak relax sebab baru balik dari kursus yang hampir seminggu di INTAN, KL. Pening juga main dengan System Linux ni. Kita tak pernah dan amat cetek ilmu tentang linux. ZERO OR MINUS ONE. hehehe... Tapi itu semua adalah cabaran minda yang wajib kita tempuh jika kita benar-benar nak knowledge. Knowledge atau ilmu ini perlu dicari bukan diorang yang cari kita. Samalah juga dengan guru, kita yang cari guru bukannya guru cari kita. Itu baru konsep perguruan yang sebenar. Tak kira apa ilmu sekalipun. Ilmu rohani, agama, alat, dunia, akhirat semuanya sama sahaja konsep perguruannya.

Ok, saya kira itu hanya sekadar catatan dangkal dan cetek yang saya patut catat hari ini. Sekarang nak kena update direktori staff. Info tertinggal kat ofis jadi tak sempat nak update direktori staff. Fuyohhh... :-)

Saturday, February 20, 2010

Siapa kita? Who we are?

Kadang-kadang kita pernah berfikir kenapa orang suka sangat buat kelakuan yang merangsang hati untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dan buruk. Kadang-kadang kita pernah berfikir kenapa begitu ramai manusia selalu berdengki dan hasad pada kita. Kadang-kadang tak ramai orang tahu bahawa kita selalu berdengki dan hasad pada orang lain.

Segala benda-benda ini tidak dapat kita fikir lebih-lebih atau dalam-dalam kerana ramai orang tidak tahu berfikir. Ramai yang tahu buat tapi tak tahu fikir sebagaimana ramai yang tahu fikir tapi tak tahu buat. Macam-macam manusia ada atas muka bumi ini. Macam-macam pesen.

Sebab itu di akhirat kelak ada bermacam-macam ragam manusia yang datang mengadap yang Maha Esa. Pengakhirannya ialah kita fikirkan tentang akhirat dan kurangkan sikit saja fikiran tentang dunia. Kadang-kadang dunia menyebabkan kita jadi bengon atau bodoh. Mengejar duit ibarat lagu : Duit... duit... di mana kau duit... , mengejar wanita ibarat lagu : Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada terpikat; mengejar kuasa dan banyak lagilah tentang dunia ni yang kita kejar.

Tetapi apa yang penting, kita fikir siapa kita maka kita akan ingat siapa kita dan bertindak sebagaimana asal kejadian kita. :-)