Wednesday, September 8, 2010

Paderi Terry Jones ‘masih berdoa untuk ilham’ bakar al-Quran - Di mana kita umat Islam?

GAINESVILLE, Florida 8 Sept. – Paderi sebuah gereja kecil yang menyokong falsafah anti-Islam menyatakan dia masih berdoa ‘untuk mendapatkan ilham’ sama ada akan meneruskan rancangannya untuk membakar al-Quran pada 11 September ini, yang ditentang oleh pemimpin agama dan beberapa pihak lain.
Paderi Terry Jones berkata, dia menerima lebih 100 ancaman bunuh dan mula membawa pistol tetapi dia tetap tidak menarik balik rancangannya untuk membakar kitab suci umat Islam itu.

Menurut paderi berusia 58 tahun itu, ancaman bunuh ke atasnya bermula sejurus dia mengumumkan akan mengadakan ‘Hari Membakar al-Quran Antarabangsa’ Julai lalu.

Penyokong-penyokongnya telah menghantar naskah-naskah al-Quran ke gereja yang mempunyai 50 pengikut itu untuk dibakar sempena ulang tahun kesembilan serangan 9/11.

Jeneral David Petraeus memberi amaran dalam e-melnya kepada The Associated Press bahawa tindakan itu akan digunakan pihak pelampau di Afghanistan dan seluruh dunia untuk membangkitkan pendapat umum dan mengapi-apikan keganasan.

Menurut Jones, dia turut bimbang tetapi menolak untuk membatalkan protes itu di gereja Dove World Outreach Center kerana dia masih berdoa mengenai rancangannya itu.

Tindakannya itu akan dilindungi oleh Pindaan Pertama berhubung kebebasan bersuara. Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS) dengan jelas dalam beberapa keputusan menunjukkan bahawa ucapan yang dianggap menyinggung ramai orang, mahupun kumpulan majoriti tidak boleh disekat oleh kerajaan kecuali ia jelas bertujuan mengugut seseorang atau menghasut melakukan keganasan, menurut pakar undang-undang.
Dakwa Jones, al-Quran adalah ‘jahat’ kerana menyokong sesuatu berbeza dengan Bible dan menghasut radikal dan keganasan di kalangan Islam. – Utusan Malaysia, 9 September 2010.
Itu adalah sumber berita yang benar saya petik dari laman web Utusan Malaysia. Laporan berita tersebut benar-benar menyirapkan darah di dalam tubuh saya. Begitu kurang ajar dan jahatnya paderi tersebut. Inilah pelampau agama Krisitian yang begitu jahat sekali. Sehingga beliau sanggup mengisytiharkan hari pembakaran al-Quran. Sudah tentu idea ini menimbulkan kemarahan dan  kebencian umat Islam kepada beliau khususnya. Memang benar kebebasan bersuara itu perlu dijaga, namun begitu kebebasan pun ada keterbatasannya juga. Alhamdulillah, ada juga pihak yang prihatin dengan isu ini. Ada yang menghantar koresponden yang positif untuk menentang dan membantah habis-habisan apa yang disebut sebagai idea yang jahat dan tidak berakal. Terry Jones merupakan paderi yang terkenal dengan dendam kesumatnya pada umat Islam lantaran dari peristiwa 9/11 yang berlaku di Amerika beberapa tahun yang lalu.

Thursday, August 12, 2010

Teguhkanlah Keperibadian Anda

Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-niru ciri keperibadian umat lain! Kerana itu, akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya, dan keadaannya sendiri, kebanyakan akan meniru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ada, berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Sejak zaman Nabi Adam a.s hingga makhluk terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua yang sama seperti rupanya. Maka, mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan bangsa lain?

Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain; tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Anda sama sekali berbeza dari Zaid dan 'Amr. Kerana itu, jangan memaksa diri untuk meniru-niru keperibadian orang lain! Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!

~ Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa.

Saturday, July 3, 2010

Hari yang berlalu... Di manakah kita sebenarnya?

Hari-hari yang berlalu, di manakah kita sebenarnya? Adakah anda tahu siapa anda sebenarnya? Di manakah anda sebenarnya? Ke manakah anda sebenarnya? Satu lagi, dari mana sebenarnya kita berasal? Permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah mungkin disebabkan kedapatan begitu banyak masalah dalam pemikiran kita. Tapi saya rasa bukan mungkin tapi pasti disebabkan.

Masyarakat Islam kita terpedaya dengan pelbagai lontaran idea dan agenda dari golongan barat a.k.a orientalis dan yahudi dalam usaha mereka untuk mengemudikan pemikiran kita umat Islam. Semalam saya sempat berkunjung ke salah sebuah pasar raya besar (saiz Mall) di kawasan Pantai Timur. Sepanjang kunjungan saya itu, saya sempat singgah di satu kedai menjual dvd, vcd dan cd hiburan seperti lagu-lagu, nasyid, filem barat dan banyak lagi sumber hiburan dalam bentuk digital. Tapi saya tertarik dengan satu cd album dendangan seorang artis yang seakan-akan orang putih atau eropah. Tapi setelah diteliti raut wajahnya. Saya yakin artis tersebut adalah berketurunan Arab. Mungkin Arab yang tinggal di Eropah. Sebab dari segi pemakaian pun sudah agak kebaratan.